Biografi Ramathipadi I

Pewarisan takhta dan pemelukan Islam

Selepas kemangkatan Raja Ang Tong Reachea pada 1640, bapa saudaranya Barom Reachea menempatkan anaknya sendiri di atas tahta sebagai Batum Reachea I (Ang Non I). Dengan pertolongan pedagang Muslim Melayu, di mana sekurang-kurangnya dua orang dari empat panglimanya adalah orang Melayu yang bernama Teja Mas dan Teja Mum,[1] dan sokongan ratu Vietnam Ngoc Van, Ponhea Chan membunuh sepupunya Ang Non I dan bapa saudaranya Barom Reachea pada 1642, dan menaiki takhta sebagai Botum Reachea I.

Baginda memeluk Islam dan menukar nama kepada Sultan Ibrahim. Ramathipadi I kuat dipengaruhi dengan kehidupaan dan amalan masyarakat pedagang Melayu Muslim. Semasa pemerintahannya, Phnom Penh masih menjadi sebuah tempat yang menguntungkan: pedagang datang dari pelbagai kawasan, orang Kristian Jepun ditemui berlindung di Kemboja, begitu juga orang tanah besar China yang bertambah dari ketibaan pengikut Dinasti Ming selepas kejatuhan dinasti itu pada 1644, yang kemudiannya membentuk masyarakat asing terbesar di Kemboja. Pada 1630-an, Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menubuhkan pejabat di Phnom Penh, bertujuan utama untuk urusan jual beli kulit rusa; Ketua gabenor ketika itu ialah Anthony van Diemen.[2] Walau bagaimanapun, ketegangan meningkat dalam kalangan kumpulan yang mewakili pelbagai kepentingan: Belanda, Portugis, dan Melayu. Ramathipadi merancang untuk mengusir SHTB. Pada 1643, Perang Belanda–Kemboja berlaku.[3] Perang berakhir dengan Duta SHTB, Pierre de Rogemortes dibunuh[1] dan selebihnya dipenjara, menurut sumber Belanda, atas hasutan daripada pesaingnya Portugis.[perlu rujukan]

Penggulingan

Bagaimanapun, kebanyakan orang Kemboja ialah penganut Buddha dan mahu menurunkan takhta Ramathipadi, dan meminta bantuan daripada pembesar Nguyen dari Vietnam. Pada 1658, Raja Narai dari Siam bersedia untuk menyerang Kemboja dari barat, meyakinkan Ang So untuk mengetuai penentangan dari Timur menentang Ramathipadi I.

Pada 1658, tentera Vietnam menyerang Kemboja, menahan dan memenjara baginda[4] di Quảng Bình. Baginda mangkat pada tahun berikutnya[5]dan diberikan pengebumian diraja menurut tradisi Khmer di Bray Nagar.[1]

Rentetan

Selepas kemangkatannya, tiga orang anaknya berlindung di Siam. Tahun-tahun berikutnya berlaku konflik yang hampir tidak henti apabila politik istana dipecahkan antara mereka yang dikaitkan dengan Ayutthaya dan mereka yang pro-Vietnam, manakala kestabilan negara terus terjejas disebabkan pencerobohan Nguyen yang lain pada tahun 1673.[6]

Rujukan

WikiPedia: Ramathipadi I http://historianlodge.historiansecret.com/?p=1522 https://books.google.com/books?id=0Rh2BgAAQBAJ&dq=... https://books.google.com/books?id=R5p7cRyK748C&dq=... https://books.google.com/books?id=R5p7cRyK748C&pg=... https://books.google.com/books?id=6UHi9JXNokEC&dq=... https://books.google.com/books?id=WwYrDwAAQBAJ&dq=... https://books.google.com/books?id=R5p7cRyK748C https://archive.org/details/bloodan_kie_2007_00_03... https://archive.org/details/bloodan_kie_2007_00_03... https://www.persee.fr/doc/befeo_0336-1519_1986_num...